Pages

19 February 2011

Adakah kita ada rasa cinta pada yang Maha ESA?

Di sana dia berdiri lagi
Seperti malam-malam yang lain
Sambil matanya menyoroti selimut langit
Mencari-cari kelip-kelip sinar kejora
Untuk menemaninya bermonolog

Tiada! Dengus hati kecilnya
Bulan juga tiada!
Apakah malam pekat ini akan dilalui tanpa teman alamnya?

Hatinya bermonolog senyap
Bagai menagih simpati semesta
Lewat kata-katanya yang terbuku dalam tusuk batinya
Kedengaran seperti dia ingin meluahkan segalanya
Hanya pada Illahi tempat dia mengadu


(dalam hatinya dia berkata):
Wahai Tuhanku pemelihat abduhnya, lihatlah diriku sekarang sedang menatap langit sendirian. Tiada lagi teman alamku menemaniku untuk kali ini. Betapa sepinya hidup tanpa berteman walau hanya dengan alam.


Tuhan, aku tahu Engkau tidak akan pernah meninggalkan aku walau aku jauh terusir ke penjuru dunia atau seluruh isi dunia menghambatku pergi ke planet lain. Aku tahu Engkau dekat denganku dan Engkau tidak akan pernah beredar daripadaku kerana Engkau adalah Tuhanku yang Maha Penyayang.



Ya Rahim, izinkan aku bermonolog denganMu bukan seperti hari-hari yang lepas. Sungguh tidak tertanggung rasanya untuk menyimpan semua pedih dalam kantung hati. Walau aku tahu Engkau Maha Tahu akan semua perkara tentangku. Tetapi, aku hanya ingin pada malam ini bermonolog padamu tentang resah ini.



Monolog cinta ini hanya kuungkapkan padaMu agar segala laraku pergi menghilang. Illahi, untuk beberapa kalinya, Alhamdulillah…Aku bersyukur kerana cintaMu padaku telah engkau manifestasikan melalui taburan hidayah dalam nuansa spritualku sebelum tanganku sempat menyentuh bayu angin cinta duniawi.

Ya Illahi
Kerana Engkau yang kupuja,
Aku menjauhi dia
di saat hatiku ingin berada bersama bayangannya

Kerana Engkau pemilikku
Aku berdagang merantau pergi
Ketika hatiku berlabuh padanya

Kerana Engkau Pemilik Cintaku
Aku menjauh bersembunyi dalam hutan belantara
Pada waktu hatiku mendesak untuk melihatnya

Kerana Engkau,Illahi
Kurobek semua cinta duniawi daripada berdenyut seiring hembusan nafasku

Dalam monolog itu juga dia mengharap:

Illahi, aku tahu dia sebelum ini adalah fatamorgana untukku. Bukan halal untukku. Maka pintaku, engkau utuskanlah ‘dia’ yang halal untukku. Agar cintaku padaMu bertambah memuncak tinggi ketika aku dan ‘dia’ bersama-sama menjadi teman beribadah; teman menasihati . Sesungguhnya, aku tidak mahu memilih ‘dia’ atau mengenalinya kecuali Engkau memilihnya dan memperkenalkannya padaku.

Monolog cinta ini kuimplementasikan
Dalam sebuah pengharapan

17 February 2011

First of all. . .

Saya masih baru dalam dunia blog ini.
So, saya akan cuba untuk berkecimpung lebih dalam bidang ini dan merungkai dunia dihujung jari ini menggunakan hujung jari saya.  =)
Mungkin saya akan cuba dalam pelbagai konsep seperti dakwah dan isu-isu yg mungkin menjadi perhatian dan dapat menjana ilmu mahupun dapat dijadikan pengajaran.
Semua yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.
Salam ukhuwah. ^-^