Pages

28 January 2012

Tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w yang akan menjamin kehidupan didunia dan diakhirat.

Salam untuk pembaca blog pasif ini. Saya tertarik dengan ayat salah seorang blogger ini.

"Cerdasnya seorang yang beriman adalah kerana dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat ini untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

"Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu untuk bertemu dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita, tetapi mati adalah awal cerita, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan."




Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Rasulullah s.a.w setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Baginda s.a.w itu adalah:

Pertama, Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga solat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu
terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa sedang solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

share la ye dalam apa jua bentuk sekali. moga-moga kita dapat bersama-sama menghidupkan kembali sunnah   Baginda s.a.w sekaligus dapat menjadikan Baginda s.a.w sebagai kekasih yang tiada tolok bandingnya. InsyaAllah. ^_^