Di sana dia berdiri lagi
Seperti malam-malam yang lain
Sambil matanya menyoroti selimut langit
Mencari-cari kelip-kelip sinar kejora
Untuk menemaninya bermonolog
Tiada! Dengus hati kecilnya
Bulan juga tiada!
Apakah malam pekat ini akan dilalui tanpa teman alamnya?
Hatinya bermonolog senyap
Bagai menagih simpati semesta
Lewat kata-katanya yang terbuku dalam tusuk batinya
Kedengaran seperti dia ingin meluahkan segalanya
Hanya pada Illahi tempat dia mengadu
(dalam hatinya dia berkata):
Wahai Tuhanku pemelihat abduhnya, lihatlah diriku sekarang sedang  menatap langit sendirian. Tiada lagi teman alamku menemaniku untuk kali  ini. Betapa sepinya hidup tanpa berteman walau hanya dengan alam.
Tuhan, aku tahu Engkau tidak akan pernah meninggalkan aku walau aku jauh  terusir ke penjuru dunia atau seluruh isi dunia menghambatku pergi ke  planet lain. Aku tahu Engkau dekat denganku dan Engkau tidak akan pernah  beredar daripadaku kerana Engkau adalah Tuhanku yang Maha Penyayang.
Ya Rahim, izinkan aku bermonolog denganMu bukan seperti hari-hari yang  lepas. Sungguh tidak tertanggung rasanya untuk menyimpan semua pedih  dalam kantung hati. Walau aku tahu Engkau Maha Tahu akan semua perkara  tentangku. Tetapi, aku hanya ingin pada malam ini bermonolog padamu  tentang resah ini.
Monolog cinta ini hanya kuungkapkan padaMu agar segala laraku pergi  menghilang. Illahi, untuk beberapa kalinya, Alhamdulillah…Aku bersyukur  kerana cintaMu padaku telah engkau manifestasikan melalui taburan  hidayah dalam nuansa spritualku sebelum tanganku sempat menyentuh bayu  angin cinta duniawi.
Ya Illahi
Kerana Engkau yang kupuja,
Aku menjauhi dia
di saat hatiku ingin berada bersama bayangannya
Kerana Engkau pemilikku
Aku berdagang merantau pergi
Ketika hatiku berlabuh padanya
Kerana Engkau Pemilik Cintaku
Aku menjauh bersembunyi dalam hutan belantara
Pada waktu hatiku mendesak untuk melihatnya
Kerana Engkau,Illahi
Kurobek semua cinta duniawi daripada berdenyut seiring hembusan nafasku
Dalam monolog itu juga dia mengharap:
Illahi, aku tahu dia sebelum ini adalah fatamorgana untukku. Bukan halal  untukku. Maka pintaku, engkau utuskanlah ‘dia’ yang halal untukku. Agar  cintaku padaMu bertambah memuncak tinggi ketika aku dan ‘dia’  bersama-sama menjadi teman beribadah; teman menasihati . Sesungguhnya, aku tidak mahu memilih ‘dia’ atau mengenalinya kecuali Engkau memilihnya dan memperkenalkannya padaku.
Monolog cinta ini kuimplementasikan
Dalam sebuah pengharapan
No comments:
Post a Comment