Pages

12 July 2011

Tazkirah 1

Semalam adalah hari semalam dalam sejarah. =)
Terasa macam baru sahaja ia berlaku. Macam-macam yang telah dilalui.
Walhal telah setahun berlalu. Teringat pepatah ini “Yang dikejar tak dapat, Yang digendong berciciran”

Anyway itu ayat pendahuluan. =)
Saya mulakan dengan Bismillah. Zaman sekarang ini hidup yang penuh dengan teknologi yang kita hanya perlu klik sahaja menggunakan hujung jari kita. Memang wajar kita nyatakan bahawa kita amat memerlukan semua ini dalam kehidupan sehari-hari kita. Tapi pernahkah anda terpikir?

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman para sahabat. Bagaimana mereka ingin mengembangkan Islam pada ketika itu. Rasulullah s.a.w dan para sahabat berhijrah dari satu tempat ke satu tempat membawa ajaran Allah s.w.t. Pengorbanan yang mereka lakukan semata-mata untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t. Pernahkah anda bayangkan?

Betapa perihnya waktu itu mereka lalui hanya untuk memberi hidayah pada manusia. Rasulullah s.a.w telah diduga dengan pelbagai dugaan walaupunpun begitu ketabahan Baginda amatlah besar untuk kita jadikan contoh dan tauladan. Begitu juga dengan para sahabat yang telah menyambung dakwah Rasulullah s.aw. dengan begitu tabah dan istiqamah. Apakah kita tidak terpikir?

Dengan semua kesenangan ini kita dapat melakukannya walau hanya denga sebaris lisan. Sesungguhnya Bila sampai waktu kiamat itu tiadalah tertinggal seorang pun yang beriman kepada Allah s.w.t. Kenapa kita tidak mahu berpesan-pesan?

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukur bukan dengan hanya ucapan tapi dengan apa yang kita ada sekarang ini jadikan ia platform untuk kita terus beribadah dan menyampaikan ia kepada semua kerana itulah cara sebenar untuk kita bersyukur. Allah s.w.t memberi apa sahaja yang kita mahu kepada sesiapa yg DIA inginkan. Kenapa perlu sangsi terhadap Allah s.w.t?

Allah s.w.t itu yang MAHA ADIL dan DIA telah tetapkan setiap apa yang akan terjadi dilangit dan dibumi. Kenapa kita perlu jadikan tanda tanya. Manusia seperti inilah yang sentiasa tidak akan cukup dengan apa yang diberikan. Akhir kata. . .

Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jangan kita jadikan sesuatu yang berlaku itu dengan tanda tanya kerana pasti ada sesuatu disebalik pengetahuan Allah s.w.t yang MAHA LUAS. Ingatlah cara kita bersyukur bukanlah dengan hanya menadah tapak tangan tapi teruskan apa yang dia suruh olehNYA agar kita sentiasa hidup dalam keadaan tenang dan diredhai. Sentiasa jadikan apa sahaja yang DIA berikan untuk kita terus berdakwah dan mengekalkan ukhuwah antara semua umat Islam.

p/s : Kejarlah apa yang dikatakan Akhirat. InsyaAllah, dunia akan seiring dengan kita tanpa kita sedari. Jangan nak blogspot sangat. hihi. =)

No comments: